Pemegunan Bahan Radioaktif dalam Enap Cemar Minyak menggunakan Kaca sebagai Kaedah Alternatif

التفاصيل البيبلوغرافية
العنوان: Pemegunan Bahan Radioaktif dalam Enap Cemar Minyak menggunakan Kaca sebagai Kaedah Alternatif
المؤلفون: Nur Syuhada Izzati Ruzali, Syazwani Mohd Fadzil, Nurshahirah Alwi, Mohd Idzat Idris, Rohyiza Ba’an
المصدر: Sains Malaysiana. 50:2419-2431
بيانات النشر: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press), 2021.
سنة النشر: 2021
مصطلحات موضوعية: Multidisciplinary
الوصف: Enap cemar minyak dikategorikan sebagai bahan radioaktif peringkat rendah dan pelupusan sisa ini menjadi isu penting dalam pengurusan sisa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menguruskan bahan radioaktif tabii (NORM) yang terkandung dalam sisa enap cemar minyak melalui kaedah pengacaan dan mengkaji kadar larut lesap bahan dipegun sebelum dilupuskan. Kajian mendapati bahawa sisa muatan yang optimum bagi bentuk sisa kaca adalah pada julat 20-25% bt. sisa enap cemar dan 75-80% bt. sisa kaca CRT yang dibakar pada suhu 1200°C. Ujian XRD menunjukkan kesemua bentuk sisa kaca adalah kebanyakannya amorfus dan unsur-unsur bertabur dengan sekata melalui analisis FESEM-EDX. Tambahan pula, pembebasan ternormal adalah rendah dan tidak melebihi nilai penunjuk yang dijadikan rujukan. Bentuk sisa kaca yang terhasil dalam kajian ini menunjukkan kaedah pengacaan boleh menjadi alternatif bagi pelupusan sisa enap cemar minyak yang mengandungi bahan radioaktif.
تدمد: 2735-0118
0126-6039
URL الوصول: https://explore.openaire.eu/search/publication?articleId=doi_________::58a377b15a725a628d647dcaf500daec
https://doi.org/10.17576/jsm-2021-5008-23
حقوق: OPEN
رقم الأكسشن: edsair.doi...........58a377b15a725a628d647dcaf500daec
قاعدة البيانات: OpenAIRE