دورية أكاديمية

Interaksi Antara Kepuasan Kerja Dengan Sikap Terhadap Wang Sebagai Peramal Kepada Keinginan Untuk Berhenti Kerja Secara Sukarela

التفاصيل البيبلوغرافية
العنوان: Interaksi Antara Kepuasan Kerja Dengan Sikap Terhadap Wang Sebagai Peramal Kepada Keinginan Untuk Berhenti Kerja Secara Sukarela
المؤلفون: Azman Ismail, Cindy John, Mohd Noor Mohd Shariff, Mohd Na’eim Ajis, Noor Faizzah Dollah
المصدر: International Journal of Management Studies, Vol 18, Iss 1 (2011)
بيانات النشر: UUM Press, 2011.
سنة النشر: 2011
المجموعة: LCC:Management. Industrial management
LCC:Marketing. Distribution of products
مصطلحات موضوعية: Kepuasan kerja, sikap terhadap wang, keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela, Management. Industrial management, HD28-70, Marketing. Distribution of products, HF5410-5417.5
الوصف: Tujuan utama kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja dan sikap terhadap wang ke atas keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul 140 borang soal selidik daripada pekerja yang berkhidmat di sebuah penguasa tempatan bertaraf bandaraya di Sabah, Malaysia. Keputusan analisis regresi hierarki menunjukkan dua dapatan penting: pertama, interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifi kan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja. Kedua, interaksi diantara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifi kan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja secara sukarela. Keputusan ujian statistik ini menunjukkan bahawa sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja intrinsic berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela. Manakala, sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja ekstrinsik tidak berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela. Dapatan kajian mengesahkan bahawa sikap terhadap wang hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian. Selanjutnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan. Kata kunci: Kepuasan kerja, sikap terhadap wang, keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela.
نوع الوثيقة: article
وصف الملف: electronic resource
اللغة: English
Malay
تدمد: 2232-1608
2180-2467
Relation: https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10209; https://doaj.org/toc/2232-1608; https://doaj.org/toc/2180-2467
URL الوصول: https://doaj.org/article/78dd484886bb4812bf36105d4de502d9
رقم الأكسشن: edsdoj.78dd484886bb4812bf36105d4de502d9
قاعدة البيانات: Directory of Open Access Journals